Friday 8 July 2011

Kelas 3 ( Rabu ; 6 Julai 2011 )

Ringkasan Pembelajaran
          Pensyarah, Puan Zakiah membimbing para pelajar menyediakan eportfolio masing-masing dengan menggunakan medium blog. Bermula dengan membuka akaun gmail, kemudian membuat blog sendiri.


Refleksi
          Terima kasih, Puan Zakiah atas pendedahan mengenai cara-cara membuat blog. Hasrat membuat blog sendiri sudah lama terbengkalai sejak sekian lama akibat daripada kemalasan diri.


          Melalui eportfolio ini, para pelajar diminta menyediakan ringkasan pembelajaran dan refleksi bagi setiap kelas yang dihadiri. Selain itu, eportfolio ini boleh menjadi salah satu cara komunikasi antara pensyarah dan pelajar. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada pensyarah melalui blog ini. Syabas!! Satu inisiatif yang baik dalam usaha meningkatkan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat.

No comments:

Post a Comment