Saturday, 22 October 2011

Kelas 22

Ringkasan Pembelajaran
          Kelas kali ini, merupakan kelas yang terakhir. Kami memaparkan video-video yang telah dihasilkan menggunakan Microsoft Movie Maker.


Refleksi
          Puan Zakiah menyatakan bahawa video yang kami hasilkan kurang dari segi paparan teks dan kami akan membaiki kekurangan tersebut.



Kelas 21

Ringkasan Pembelajaran
          Kelas dimulakan dengan kuiz yang ke-4 setelah ditunda beberapa kali. Kemudian, puan membincangkan take home test, disebabkan masih ramai yang keliru mengenai soalan tersebut. Kami menanyakan tentang capture screen yang diminta dalam soalan tersebut. Puan mengajar kami membuat capture screen.


tekan 'Print Scrn' yang terdapat pada keyboard ---> paste di Microsoft Word @ Paint ---> crop


Habis diskusi mengenai take home test, puan mengarahkan kami membaca modul mengnai asa pembinaan multimedia sebagai panduan menghasilkan video dengan menggunakan movie maker yang telah dipelajari dalam sesi pembelajaran kelas sebelum ini. Kelas 17 & 18


Refleksi
          Saya mengaplikasikan teknik capture screen dalam penghasilan bolg ini setelah mendapat tunjuk ajar daripada Puan Zakiah. Penghasilan take home test kami juga dapat dihasilkan dengan baik serta video kami menepati sedikit sebanyak kriteria sebagai satu persembahan multimedia yang baik.

Kelas 20

Ringkasan Pembelajaran
          Kami belajar mengenai Communications and Networks.




Antara maklumat yang dipelajari dalam topik ini ialah:

  • computer communications describes a process in which two or more computers or devices transfer data, instructions, and information
  • a global positioning system (GPS) is a navigation system that consists of one or more earth-based receivers that accept and analyze signals sent by satellites in order to determine the GPS receiver's geographical location
  • a network is a collection of computers abd devices connected together via communicatons devices abd transmission media
  • a local area network (LAN) is a network that connects computers and devices in a limited geographical area
  • a wireless LAN (WLAN) is a LAN taht uses no physixal wires
  • a metropolitan area network (MAN) connects LANs in a metropolitan area
  • a wide area network (WAN) is a network that covers a large geographical area
  • the design of computers, devices, and media on a network is sometimes called the network architecture that consist of two network design : client/server network & peer-to-peer network
  •  P2P describes an Internet network on which users access each other's hand hard disks and exchange files directly over the Internet
  • a network topology refers to the layout of the computers and devices in a communications network. There are three network topology : star network, bus network, ring network
Refleksi
          Banyak info yang saya peroleh daripada pembelajaran kali ini. 

Kelas 19

Ringkasan Pembelajaran
          Puan Zakiah meminta pelajar membentangkan 7 flagship berdasarkan pembangunan Multimedia Super Corridor (MSC) di Cyberjaya. 


"The seven flagship MSC applications are Electronic Government, Multipurpose Smart Card, Smart School, Tele-health, R&D group, e-business and Technopreneur Development".


Selain itu, kami mengulangkaji mengenai Six Big Skills - TILUSE
T = task definition
I = information seeking strategies
L = location and access
U = uses of information
S = synthesis
E = evaluation


Refleksi
          Secara jujunya, saya baru mengetahui tentang kewujudan 7 flagship. Oleh itu, pembelajaran kali ini memberi input yang amat penting kepada saya.

Kelas 17 & 18

Ringkasan Pembelajaran
          Kelas kali ini diisi dengan pembelajaran mengenai Literasi Maklumat.



Literasi = keupayaan untuk membaca/dapat makna daripada perkataan
Literasi maklumat = keupayaan mendapat makna daripada maklumat

Ciri-ciri seorang yang "Information - Literate"
1. mengakses maklumat secara efisien dan berkesan
2. menilai maklumat secara kritis dan cekap
3. mengguna maklumat secara kreatif dan berkesan
4. berusaha mendapatkan maklumat berhubung dengan kepentingan peribadi, akademik dan kerjaya
5. menghargai dan seronok dengan bahan-bahan sastera dan penuliasan kreatif
6. berusaha ke arah kecemerlangan dalam mendapatkan maklumat dan penjanaan ilmu
7. menyedari kepentingan maklumat dalam masyarakat demokratik
8. mengamalkan tingkahlaku yang baik (etika) berhubung dengan maklumat dan IT
9. mengambil bahagian secara berkesan dalam kumpulan bagi mendapatkan maklumat dan menjana ilmu

Model "The Big Six Skills" merangkumi :
1. menentukan tugasan/keperluan
2. menstrategi proses mengesan sumber
3. lokasi dan akses
4. mengguna maklumat
5. sintesis
6. penilaian

Refleksi
          Melalui pembelajaran kali ini, saya dapat melatih diri untuk menjadi seorang "information-Literate".
Sebagai seorang guru, saya perlu bijak dalam kemahiran ini agar dapat menjadi seorang guru yang berkebolehan dan bijak mengikuti perkembangan semasa. 

Kelas 16

Ringkasan Pembelajaran
          Sesi pembelajaran kali ini ialah cara menggunakan Microsoft Access.




Microsoft Access selalunya digunakan untuk menganalisis data. Klik pada 'blank database'. Kemudian tekan 'create'. Akhir sekali, masukkan data daripada dokumen sedia ada, dan bentuk analisis seperti yang kita ingini. 


Refleksi
          Baru saya tahu tentang kegunaan Microsoft Access ini. Perisian ini dapat memudahkan urusan penganalisis bagi mendapatkan sesuatu keputusan daripada data yang terkumpul.


                                    

Kelas 15

Ringkasan Pembelajaran
          Kelas pada kali ini adalah mempelajari mengenai Computer Security and Safety Ethics and Privacy.



Berdasarkan modul di atas, ada beberapa perkara yang ditekankan dalam sesi pembelajaran iaitu:
  • a computer security risk is any event or action that could cause a loss of or damage to computer hardware, software, data, information, or processing capability.
  • a cybercrime is an online or Internet-based illegal act : hackers, crackers, script kiddies, corporate spies, unethical employees, cyberextortionists, cyberterrorists
  • subtopics on :
                 i. internet and network attacks
                ii. unauthorized access and use
               iii. hardware theft and vandalism
               iv. software theft
               v. information theft
              vi. system failure
             vii. backing up - the ultimate safeguard
            viii. wireless security
             ix. health concern of computer use
             x. ethics and society

Refleksi
          Setelah mempelajari topik ini, saya sedar kebaikan dan keburukan terhadap diri sendiri dalam penggunaan komuter dalam kehidupan seharian.

Kelas 14

Ringkasan Pembelajaran
          Kelas pada sesi kali ini dimanfaatkan dengan mendalami Microsoft Movie Maker. Puan Zakiah Meminta kami menghasilkan sebuah video dalam kumpulan seramai 3 orang. Kami merujuk nota yang telah diberi oleh puan sebagai panduan bagi menghasilkan video yang menepati ciri-ciri video yang baik.
          Sesebuah multimedia yang baik dan lengkap hendaklah berbentuk interaktif dan mempunyai elemen-elemen seperti teks, grafik termasuk gambar, audio atau narasi, video serta animasi.


Refleksi
          Saya dan rakan sekumpulan iaitu auni dan yana, berusaha menghasilkan sebuah video yang menepati ciri-ciri persembahan multimedia yang baik.

                                          

Kelas 13

Ringkasan Pembelajaran
          Kelas kali ini masih diteruskan dengan penggunaan master slide dalam Microsoft Power Point.


Refleksi
          Akhirnya, saya dapat membentuk persembahan slide saya dengan mengaplikasikan kemahiran penggunaan slide master. 

Kelas 12

Ringkasan Pembelajaran
          Sesi pembelajaran diisi dengan penghasilan master slide dalam Microsoft Power Point.



Refleksi
          Setelah mampelajari master slide, barulah saya tahu bagaimana memaparkan sesuatu pada setiap paparan slide yang disediakan. 

Saturday, 15 October 2011

Kelas 11

Ringkasan Pembelajaran
          Sesi pembelajaran kali ini diisi dengan pembelajaran tentang Microsoft Power Point. Puan Zakiah meminta kami membuat suatu bentuk cerita melalui perisian ini. Kami menghasilkan tugasan ini secara berkumpulan. Saya bersama ahli kumpulan saya iaitu ailin, stella dan wong memilih cerita kanak-kanak Cinderella.





Bagi menghasilkan suatu bentuk persembahan Power Point, pelbagai teknik dapat digunakan bagi menghasilkan suatu persembahan yang menarik.




Gambar di atas membolehkan kita memilih bentuk slide yang diigini.


Butang insert pula, membolehkan kita memasukkan gambar, rajah, suara atau video.




Kita juga boleh memilih bunyi yang telah sedia ada dalam komputer ataupun merekod suara kita sendiri.


                                             
Kita juga dapat memilih design mengikut citarasa tersendiri dengan klik pada butang design.




Butang animation memaparkan pelbagai transition dan animation yang bersesuaian dengan persembahan yang dihasilkan.



Gambar di atas adalah paparan mengenai transition.
Gambar bawah pula adalah senarai animation. 



atau


Akhirnya, melalui semua langkah-langkah ini, persembahan cerita Cinderella kami dapat disiapkan dengan jayanya. Bagi memulakan slide show adalah seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah. 


atau


Refleksi
          Melalui tugasan ini, saya belajar sikap bekerjasama antara rakan sekelas yang berlainan bangsa. Kami berjaya menghasilkan suatu persembahan jalan cerita yang amat menarik. Terima kasih kepada semua... (^_^)

Kelas 10

Ringkasan Pembelajaran
          Sesi pembelajaran kali ini masih menyetuh tentang Microsoft Excel. Puan Zakiah membimbing kami bagi menghasilkan logical test. Bagi menghasilkannya, memerlukan pengaplikasian formula if seperti yang telah dipelajari sebelum ini.



Gambar di atas adalah hasil logical test yang telah siap. Ini juga boleh dijadikan sebagai bahan bantu mengajar  yang dapat melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. 

Pertama, taipkan arahan di sel A1, A2 dan A3.Kemudian masukkan gambar. 
Bentukkan sebuah jadual yang terdiri daripada angka, skor (bagi angka), perkataan, skor (bagi perkataan) dan jumlah skor. 

Kemudian gunakan formula "If" - untuk masukkan skor untuk setiap jawapan yang betul ataupun bagi jawapaan yang salah

Kemudian, masukkan piktograf untuk jumlah skor yang diperoleh. 

                                 

Klik pada satu bar dalam piktograf tersebut untuk menukar bar tersebut kepada gambar yang diingini.

                                  

Akhir sekali, hasilnya adalah seperti di bawah.


Refleksi
          Saya amat teruja menghasilkan logical test ini. Ilmu yang dipelajari pada kali ini dapat saya aplikasikan pada masa akan datang. InsyaAllah...