Saturday 22 October 2011

Kelas 17 & 18

Ringkasan Pembelajaran
          Kelas kali ini diisi dengan pembelajaran mengenai Literasi Maklumat.



Literasi = keupayaan untuk membaca/dapat makna daripada perkataan
Literasi maklumat = keupayaan mendapat makna daripada maklumat

Ciri-ciri seorang yang "Information - Literate"
1. mengakses maklumat secara efisien dan berkesan
2. menilai maklumat secara kritis dan cekap
3. mengguna maklumat secara kreatif dan berkesan
4. berusaha mendapatkan maklumat berhubung dengan kepentingan peribadi, akademik dan kerjaya
5. menghargai dan seronok dengan bahan-bahan sastera dan penuliasan kreatif
6. berusaha ke arah kecemerlangan dalam mendapatkan maklumat dan penjanaan ilmu
7. menyedari kepentingan maklumat dalam masyarakat demokratik
8. mengamalkan tingkahlaku yang baik (etika) berhubung dengan maklumat dan IT
9. mengambil bahagian secara berkesan dalam kumpulan bagi mendapatkan maklumat dan menjana ilmu

Model "The Big Six Skills" merangkumi :
1. menentukan tugasan/keperluan
2. menstrategi proses mengesan sumber
3. lokasi dan akses
4. mengguna maklumat
5. sintesis
6. penilaian

Refleksi
          Melalui pembelajaran kali ini, saya dapat melatih diri untuk menjadi seorang "information-Literate".
Sebagai seorang guru, saya perlu bijak dalam kemahiran ini agar dapat menjadi seorang guru yang berkebolehan dan bijak mengikuti perkembangan semasa. 

No comments:

Post a Comment