Saturday, 17 September 2011

Kelas 9 ( 1 Ogos 2011 ; Isnin )

Ringkasan Pembelajaran
          Sesi pembelajaran kali ini dimanfaatkan dengan mempelajari serba sedikit berkaitan Microsoft Excel. Puan Zakiah mengajar kami bagaimana memasukkan data pemarkahan pelajar sebagai contoh. Para pelajar diberi tunjuk ajar umtuk menghasilkan senarai data pemarkahan mengikut tertib.
Pertama, logo sekolah dimasukkan 


Insert ---> Picture ---> Pilih gambar ---> Open


          Logo sekolah diletakkan di penjuru atas sebelah kiri. Alamat sekolah diletakkan di bahagian tepi logo. Kemudian, tajuk ' Markah Peperiksaan Ujian Bulanan ' dimasukkan dan diletakkan di bahagian tengah halaman tersebut. Masukkan data (markah pelajar). Bilangan dan nombor giliran pelajar tidak perlu ditaip satu persatu. Hanya taip turutan angka yang pertama dan kedua sahaja. Bagi meneruskan turutan tersebut, hanya perlu drag ke bawah.
Menjumlahkan semua markah bagi setiap pelajar:
            
Klik pada cell ( lajur jumlah, baris nombor giliran pelajar tersebut) ---> masukkan ' =              ' ---> klik pada cell markah untuk subjek A (contoh) ---> masukkan ' + ' ---> klik pada cell markah untuk subjek B --->ulang hingga habis semua cell untuk semua subjek ---> tekan ' Enter '


Markah pelajar juga boleh dikira secara automatik dengan menggunakan auto sum





Bagi mengira purata adalah seperti


highlight semua data (kecuali bil.) ---> Data --->  Sort ---> Sort by ---> Purata


Untuk mengira markah minimum atau maximum adalah seperti


select cell ---> highlight marks of each subject ---> recently used ---> min/max


Memasukkan gred bagi setiap markah adalah seperti


select cell ---> recently cell ---> lookup ---> array ---> value (mark a person) ---> array ---> rujukan ---> ok ---> copy & paste for every subjects


Menyediakan graf


highlight score each subject (including title) ---> insert ---> column




                                   


credits to izzah ;-)

Sunday, 31 July 2011

Kelas 8 ( Rabu ; 27 Julai 2011 )

Ringkasan Pembelajaran
          Sesi pembelajaran kali ini dimanfaatkan dengan mempelajari teknik membuat mail merge


Refleksi
          Kami dikehendaki menyediakan satu bentuk sijil. Kemudian kami memasukkan data seperti pemarkahan para pelajar. Diteruskan pula dengan membuat mail merge melalui perisian Microsoft Word.


Mail merge

Monday, 25 July 2011

Kelas 7 ( Isnin ; 25 Julai 2011 )

Ringkasan Pembelajaran
          Sesi pembelajaran hari ini menggunakan Micrsoft Word. Puan Zakiah mengajar kami pelbagai teknik menggunakan Microsoft Word. Apa yang dipelajari hari ini ialah cara membuat resume, memasukkan data dan membuat graf / pie chart, membuat cover page untuk assignment serta menggunakan smart art.


Refleksi
          Pelbagai perkara dapat dilakukan dengan menggunakan Microsoft Word. Pembelajaran hari ini amat menarik. Berbagai-bagai teknik telah dipelajari. Kami belajar membuat resume. Kami belajar cara memasukkan gambar melalui clip art ataupun gambar diambil dari folder di dalam komputer. 
          Kemudian kami membuat jadual dan memasukkan data. Daripada data tersebut, sebuah graf dibina. Untuk memasukkan graf, heirarki adalah seperti di bawah :


                  Microsoft Word -----> Insert -----> Chart


                             
                                       contoh 


Cara membuat cover page pula adalah seperti :


                   Microsoft Word -----> Insert -----> Cover page


Selain itu, kami mendalami teknik-teknik menggunakan Smart Art. Cara memasukkan Smart Art adalah seperti berikut :


                   Microsoft Word -----> Insert -----> Smart Art