Sunday, 31 July 2011

Kelas 8 ( Rabu ; 27 Julai 2011 )

Ringkasan Pembelajaran
          Sesi pembelajaran kali ini dimanfaatkan dengan mempelajari teknik membuat mail merge


Refleksi
          Kami dikehendaki menyediakan satu bentuk sijil. Kemudian kami memasukkan data seperti pemarkahan para pelajar. Diteruskan pula dengan membuat mail merge melalui perisian Microsoft Word.


Mail merge

Monday, 25 July 2011

Kelas 7 ( Isnin ; 25 Julai 2011 )

Ringkasan Pembelajaran
          Sesi pembelajaran hari ini menggunakan Micrsoft Word. Puan Zakiah mengajar kami pelbagai teknik menggunakan Microsoft Word. Apa yang dipelajari hari ini ialah cara membuat resume, memasukkan data dan membuat graf / pie chart, membuat cover page untuk assignment serta menggunakan smart art.


Refleksi
          Pelbagai perkara dapat dilakukan dengan menggunakan Microsoft Word. Pembelajaran hari ini amat menarik. Berbagai-bagai teknik telah dipelajari. Kami belajar membuat resume. Kami belajar cara memasukkan gambar melalui clip art ataupun gambar diambil dari folder di dalam komputer. 
          Kemudian kami membuat jadual dan memasukkan data. Daripada data tersebut, sebuah graf dibina. Untuk memasukkan graf, heirarki adalah seperti di bawah :


                  Microsoft Word -----> Insert -----> Chart


                             
                                       contoh 


Cara membuat cover page pula adalah seperti :


                   Microsoft Word -----> Insert -----> Cover page


Selain itu, kami mendalami teknik-teknik menggunakan Smart Art. Cara memasukkan Smart Art adalah seperti berikut :


                   Microsoft Word -----> Insert -----> Smart Art



Friday, 22 July 2011

Kelas 6 ( Rabu ; 20 Julai 2011 )

Ringkasan Pembelajaran
          Puan Zakiah meminta kami mendalami Microsoft Word. Kami diminta menyediakan contoh lampiran resume yang disediakan menggunakan Microsoft Word. Selain itu, kemahiran yang boleh digunapakai dengan menggunakan perisian Microsoft Word ini ialah menyediakan kad jemputan, misalnya.


Refleksi
          Microsoft Word boleh digunakan untuk pelbagai urusan, tidak semestinya untuk urusan berkaitan penulisan sahaja. Melalui tugasan yang diberikan oleh Puan Zakiah, saya telah memperoleh pelbagai kemahiran melalui penyediaan resume dan reka bentuk kad jemputan.